Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (KAP) Melalui Massive Online Open Courses (MOOC)

Kategori induk: ROOT Diterbitkan: Rabu, 05 April 2017

 

Tujuan 

Kursus ini ditawarkan khusus untuk semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia. Juga dibuka kepada orang awam yang berminat dalam bidang ini.

 

Memenuhi keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat, berkuat kuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.


 

Objektif

  • Memberi peluang kepada lebih ramai lagi pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang masih belum mempunyai sijil KAP
  • Menyediakan kursus dengan harga yang lebih rendah dan kondusif kerana tidak perlu hadiri kelas pada hujung minggu
  • Menyediakan kursus asuhan yang selari dengan abad ke 21
  • Menyediakan pengasuh yang selari dengan perkembangan kanak-kanak di generasi 2020


 

Yuran

Yuran Kursus = RM600 untuk kursus atas talian selama 23 minggu + 5 hari latihan amali (praktikum).

Yuran ini adalah tidak termasuk untuk buku teks modul Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara. Sila layari http://www.upmpress.com.my/product/modul-pendidik-pengasuh-kanak-kanak/  untuk pembelian modul tersebut. 

**Peserta boleh menuntut bayaran balik yuran daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad

 


 Iklan

**


 

Syarat Kemasukan

  • Berusia 18 tahun keatas.
  • Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara.
  • Belum mempunyai sijil KAP yang diiktiraf oleh JKM
  • Merupakan seorang pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh, pengamal, pendidik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Juga dibuka untuk orang awam.
  • Jika pelajar menghadiri kursus sehingga selesai 5 hari praktikum dan lulus peperiksaan akhir, pelajar akan dianugerahkan sijil penuh Kursus Asuhan PERMATA yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Bagi pemohon yang berusia bawah 18 tahun, dibenarkan mengambil kursus ini tetapi tidak layak untuk memohon sebagai pengasuh berdaftar.


 

Struktur Program

 

  • Dijalankan hanya dalam Bahasa Melayu.
  • Pelajar perlu melengkapkan kuliah atas talian selama 23 minggu dan menghadiri 5 hari latihan amali (praktikum) untuk tujuan pengiktirafan kursus ini. 

 

Kuliah Atas Talian 23 minggu Platform atas talian
Praktikum

5 Hari Bekerja

**berturut-turut

Taska Berdaftar yang diselaraskan oleh JKM
Peperiksaan Bertulis
3 jam
Dewan UPSI, Tanjung Malim, Perak

 

 

 

 

 

23 Minggu
Unit 1 KURIKULUM PERMATA NEGARA
Unit 2 PERUNDANGAN DAN ADVOKASI
Unit 3 BIDANG PENGASUHAN BAYI DAN KANAK-KANAK PERMATA
Unit 4

BIDANG PEMBELAJARAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PERMATA

*RPA dipinda dari unit 5, masuk ke unit 4

Unit 5

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGASUHAN DAN PEMBELAJARAN DI TASKA

*RPA dipinda dari unit 5, masuk ke unit 4

Unit 6 PEMERHATIAN, PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN LOG HARIAN
Unit 7 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TASKA
Unit 8 KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
Unit 9 ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK/PENGASUH
Unit 10 TAJUK KHUSUS OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN
5 Hari
Praktikum dan Penghantaran Portfolio
**
Peperiksaan Bertulis

**
Keputusan Peperiksaan

 **Tertakluk kepada sebarang pindaan. UHSB berhak membuat sebarang pindaan mengikut arahan semasa kementerian.


 

Kelebihan KAP MOOC

  • Sijil di keluarkan dan di iktiraf oleh JKM.
  • Waktu pembelajaran yang lebih fleksibel.
  • Mudah diakses setiap masa dan dimana-mana sahaja.
  • Mendapat bimbingan secara peribadi dengan E-Jurulatih.
  • Tidak perlu hadir ke kelas atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepanjang pembelajaran atas talian.
  • Latihan amali akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan lokaliti peserta kursus.
  • Peperiksaan bagi peserta dari Semenanjung Malaysia akan diadakan di UPSI. Manakala, peserta dari Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada arahan semasa.

Permohonan dan Kaedah Pembayaran

 Langkah 1 : Lengkapkan pembayaran kursus RM 600.

 

*Sila lengkapkan bayaran RM 600.00 sebelum mengisi borang permohonan kerana nombor rujukan pembayaran perlu diisi dalam borang tersebut.

Langkah 2 : Lengkapkan borang pendaftaran atas talian.

 

*Sila gunakan pautan Google Chrome untuk paparan yang terbaik di komputer riba dan tidak digalakkan menggunakan aplikasi telefon pintar untuk membuat pendaftaran.

Langkah 3 : Pastikan anda menerima email pengesahan pendaftaran daripada pihak UPSI Holdings dalam tempoh 5 hari bekerja.

Langkah 4 : Selepas itu pelajar akan menerima email daripada pihak Openlearning untuk arahan menggunakan portal pembelajaran.


Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi :

Cik Fatin Zainuddin di talian :

H/P : 019-792 9490

Pejabat : 05-459 9010

 

 

Jumlah paparan: 5004

Hubungi Kami

Aras 1, Bangunan Bitarasiswa
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan.

Tel. : 05-458 2525 / 2727 / 2929
Fax. : 05-459 6959
Website : upsiholdings.upsi.edu.my
Emel : upsiholdings@gmail.com
Info Niaga : marketing.uhsb@upsi.edu.my

Maklumat Portal

UHSB tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data
yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik:
Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Tarikh Akhir Kemaskini: 3/10/2016
Hakcipta 2016 © UPSI Holdings Sdn. Bhd.