Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (KAP) Melalui Massive Online Open Courses (MOOC)

Terakhir dikemaskini: Rabu, 07 Ogos 2019

 

Tujuan 

Kursus ini ditawarkan khusus untuk semua pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia. Juga dibuka kepada orang awam yang berminat dalam bidang ini.

 

Memenuhi keperluan Jabatan Kebajikan Masyarakat, berkuat kuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1988.


 

Objektif

  • Memberi peluang kepada lebih ramai lagi pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh yang masih belum mempunyai sijil KAP
  • Menyediakan kursus dengan harga yang lebih rendah dan kondusif kerana tidak perlu hadiri kelas pada hujung minggu
  • Menyediakan kursus asuhan yang selari dengan abad ke 21
  • Menyediakan pengasuh yang selari dengan perkembangan kanak-kanak di generasi 2020


 

Yuran

Yuran Kursus = RM600 untuk kursus atas talian selama 23 minggu + 5 hari latihan amali (praktikum).

Yuran ini adalah tidak termasuk untuk buku teks modul Kursus Asuhan & Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA Negara. Sila layari http://www.upmpress.com.my/product/modul-pendidik-pengasuh-kanak-kanak/  untuk pembelian modul tersebut. 

**Peserta boleh menuntut bayaran balik yuran daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad

 


 Iklan

**WhatsApp Image 2018 01 08 at 09.22.20


 

Syarat Kemasukan

  • Berusia 18 tahun keatas.
  • Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara.
  • Belum mempunyai sijil KAP yang diiktiraf oleh JKM
  • Merupakan seorang pengusaha, pengurus, penyelia, pengasuh, pengamal, pendidik dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Juga dibuka untuk orang awam.
  • Jika pelajar menghadiri kursus sehingga selesai 5 hari praktikum dan lulus peperiksaan akhir, pelajar akan dianugerahkan sijil penuh Kursus Asuhan PERMATA yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Bagi pemohon yang berusia bawah 18 tahun, dibenarkan mengambil kursus ini tetapi tidak layak untuk memohon sebagai pengasuh berdaftar.


 

Struktur Program

 

  • Dijalankan hanya dalam Bahasa Melayu.
  • Pelajar perlu melengkapkan kuliah atas talian selama 23 minggu dan menghadiri 5 hari latihan amali (praktikum) untuk tujuan pengiktirafan kursus ini. 

 

Kuliah Atas Talian 23 minggu Platform atas talian
Praktikum

5 Hari Bekerja

**berturut-turut

Taska Berdaftar yang diselaraskan oleh JKM
Peperiksaan Bertulis
3 jam
Dewan UPSI, Tanjung Malim, Perak

 

 

 

 

 

23 Minggu
Unit 1 KURIKULUM PERMATA NEGARA
Unit 2 PERUNDANGAN DAN ADVOKASI
Unit 3 BIDANG PENGASUHAN BAYI DAN KANAK-KANAK PERMATA
Unit 4

BIDANG PEMBELAJARAN UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PERMATA

*RPA dipinda dari unit 5, masuk ke unit 4

Unit 5

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGASUHAN DAN PEMBELAJARAN DI TASKA

*RPA dipinda dari unit 5, masuk ke unit 4

Unit 6 PEMERHATIAN, PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN LOG HARIAN
Unit 7 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TASKA
Unit 8 KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
Unit 9 ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK/PENGASUH
Unit 10 TAJUK KHUSUS OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN
5 Hari
Praktikum dan Penghantaran Portfolio
**
Peperiksaan Bertulis

**
Keputusan Peperiksaan

 **Tertakluk kepada sebarang pindaan. UHSB berhak membuat sebarang pindaan mengikut arahan semasa kementerian.


 

Kelebihan KAP MOOC

  • Sijil di keluarkan dan di iktiraf oleh JKM.
  • Waktu pembelajaran yang lebih fleksibel.
  • Mudah diakses setiap masa dan dimana-mana sahaja.
  • Mendapat bimbingan secara peribadi dengan E-Jurulatih.
  • Tidak perlu hadir ke kelas atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sepanjang pembelajaran atas talian.
  • Latihan amali akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • Peperiksaan bagi peserta dari Semenanjung Malaysia akan diadakan di UPSI. Manakala, peserta dari Sabah dan Sarawak adalah bergantung kepada arahan semasa.

Permohonan

Langkah 1 : Lengkapkan borang pendaftaran. 

Langkah 2 : Pastikan anda menerima email pengesahan pendaftaran daripada pihak UPSI Holdings dalam tempoh 7 hari bekerja.

Langkah 3 : Kelas akan bermula setelah bilangan pelajar mencukupi.


Untuk Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi :

Puan Nurul Akmar di talian :

Pejabat : 05-459 9010

             

 

 

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK)

Terakhir dikemaskini: Selasa, 21 Ogos 2018

Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak 

Kod Program : A2520 - Pemohonan pada 24 Ogos 2018 sehingga 30 September 2018


tujuan

  • Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutama pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA. 
  • Memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malayasia (KPM) yang mewajibkan guru-guru tadika berkelulusan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020.


objektif

Pada akhir program ini, pelajar dapat:

  • Menerangkan aspek asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Menggunakan kemahiran asas dalam pendidikan awal kanak-kanak untuk berfungsi sebagai seorang pendidik dalam sektor awam pertubuhan bukan kerajaan dan swasta/
  • Menunjukkan kemahiran sosial dan tanggungjawab sebagai pendidik awal kanak-kanak untuk manfaat masyarakat
  • Etika Menyematkan dan tanggungjawab moral ke dalam peranan pendidik awal kanak-kanak
  • Berkomunikasi dengan berkesan, bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai kemahiran kepimpinan asas
  • Menggunakan kemahiran saintifik untuk memahami anak-anak mengikut umur dan keupayaan mereka
  • Sentiasa membangunkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari ke arah pembelajaran sepanjang hayat
  • Menjalankan peranan yang diperlukan sebagai pengurus / pengusaha dan fasilitator program pendidikan awal kanak-kanak yang mematuhi umur dan peringkat kanak-kanak

status

Diiktiraf sepenuhnya oleh MQA.

Telah diiktiraf sejak tahun 2008.

Untuk program ini sila klik pada link ini.

Rujukan pengiktirafan DPAKK dari Kementerian Pengajian Tinggi . Klik disini


yuran

Yuran Pengajian = RM18 000 (termasuk yuran pendaftaran)
Yuran Pendaftaran = RM710 (Bayaran semasa pendaftaran)
Pembiayaan PTPN = RM9500 (2 tahun pengajian)

Yuran Pengajian DPAKK Ambilan November 2018 mengikut semester. Klik disini.

Brosur Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Klik disini


Iklan


1.0 SYARAT KELAYAKAN

1.1 Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

1.1.1 Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan

1.1.2 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM atau Matematik Kertas Julai; dan

1.1.3 Lulus dengan kepujian mata pelajaran Sejarah bagi calon (SPM) bermula tahun 2013.

1.2 Calon Bekerja

1.2.1 Lulus Tiga(3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu atu Bahasa Malaysia atau Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai; dan

1.2.2 Mempunyai pengalaman melebihi Tiga(3) tahun dalam bidang pendidikan.

  • Sekiranya kredit tidak mencukupi, calon pelajar perlu mengambil Ujian Pengkreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL)
  • Permoohonan boleh dibuat ke laman web Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan menghantar portfolio calon dan bayaran sebanyak RM155.00
  • Keputusan yang diperolehi perlu disertakan sekali untu tujuan dokumentasi dan tapisan


Struktur Program 

Pelajar perlu melengkapkan sejumlah 91 kredit untuk melayakkan diri untuk tujuan penganugerahan Diploma Eksekutif. Mereka mesti lulus semua kursus yang ditetapkan sebagaimana kursus wajib dan kursus teras. 

STRUKTUR PROGRAM 

KATEGORI KURSUS

JUMLAH KREDIT

A. Kursus Universiti

15

B. Kursus Teras

61

C. Kursus Elektif

9

D. Praktikum

6

JUMLAH

91

AGIHAN KURSUS

Semester 1

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

HNP2012

Pengajian Kenegaraan 

2

2.

PKU2013

Asas Keusahawanan

3

3.

BMK2012

Bahasa Melayu

2

4.

Kokurikulum 1 

1

5.

BIU2012

English Proficiency 1

-

6.

KAI1023

Falsafah, Teori dan Dasar Pendidikan Awal Kanak-kanak

3

7.

KAQ1033

Persekitaran Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak

3

8.

KAQ1023

Falsafah, Pendekatan dan Kandungan Kurikulum PERMATA

3

JUMLAH JAM KREDIT

17

Semester 2

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

HNS2012

Hubungan Etnik

2

2.

HNH2012

Tamadun Islam dan Asia (TITAS)

2

3.

Kokurikulum 2

1

4.

BIU2022

English Proficiency 2

2

5.

KAK1043

Child Growth and Develoment

3

6.

KAZ1063

Analisa Kurikulum Prasekolah

3

7.

KAI1053

Pedagogi dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

3

8.

KAY1043

Perancangan dan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-kanak

3

JUMLAH JAM KREDIT

19

Semester 3

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

KAD1013

Aplikasi ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

3

2.

KAT1023

Pendidikan Kesihatan dan Keselamatan untuk Awal Kanak-kanak

3

3.

KAQ1043

Bimbingan Tingkah Laku Awal Kanak-kanak

3

4.

KAI1063

Social Studies in Early Childhood Education (Elektif 1)

3

JUMLAH JAM KREDIT

12

Semester 4

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

KAH1043

English for Young Learners

3

2.

KAH1023

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak

3

3.

KAZ1023

Matematik dan Sains Awal Kanak-kanak

3

4.

KAV1033

Seni dan Kraf Awal Kanak-kanak

3

5.

KAQ1073

Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

3

6.

KAT1053

Pendidikan Islam Awal Kanak-kanak (Elektif 2)

3

JUMLAH JAM KREDIT

18

Semester 5

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

KAZ1073

Sastera dan Teknik Bercerita

3

2.

KAQ1063

Muzikdan Pergerakan Kreatif

3

3.

KAU1033

Pemerhatian dan Penilaian Kanak-kanak

3

4.

KAW1043

Pengesanan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

3

5.

KAR1034

Projek  Laporan Akhir  (Sedang Maju)

-

6.

KAZ1053

Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (Elektif 3)

3

JUMLAH JAM KREDIT

15

Semester 6

BIL.

KOD

NAMA KURSUS

JAM KREDIT

1.

KAR1034

Projek Laporan Akhir

4

2.

KAR1026

Praktikum (TASKA dan TADIKA)

6

JUMLAH JAM KREDIT

10 


Perlaksanaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Silaksanakan secara konvesional dimana pelajar perlu menghadiri kuliah bersemuka pada setiap hujung minggu selama 14 mingu di pusat pembelajaran yang di tetapkan seperti berikut:

Senarai Kod pusat seperti berikut:

1. 01 - Kuala Lumpur

2. 02 - Perak

Pusat di negeri lain akan dibuka sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Senat UPSI iaitu 40 orang pelajar satu pusat dan Sabah dan Serawak 60 orang pelajar.


Permohonan di dalam talian dibuka pada:

24 Ogos 2018 - 30 September 2018

* Pembelian No pin UPSI Holdings di BSN bermula (20 Ogos 2018 - 28 September 2018)

** Penerimaan dokumen permohonan ke UPSI Holdings Sdn Bhd - Dalam tempoh seminggu selepas Tarikh Tutup Permohonan Atas Talian.

 


Kelebihan Kami

Yuran Pengajian Terendah

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak (FPPM dan JPAKK)

Malaysia Qualifications Authority (MQA) 

Kemasukan secara pengalaman melalui Ujian APEL

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)


Cara Memohon dan Kaedah Pembayaran

Klik Carta Alir Pemohonan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Klik Pembayaran Melalui Bank Simpanan Nasional

Klik Pembayaran Melalui Online JomPAY

KOD PTPTN : D2402

KOD PROGRAM : A2520 (SEPENUH MASA-DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)


Pertanyaan lanjut boleh hubungi

Puan Humairah Binti Md Akbal

(05 459 7010/8010/7010/05 458 2525)

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hubungi Kami

Aras 1, Bangunan Bitarasiswa
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan.

Tel. : 05-458 2525 / 2727 / 2929
Fax. : 05-459 6959
Website : upsiholdings.upsi.edu.my
Emel : upsiholdings@gmail.com
Info Niaga : marketing.uhsb@upsi.edu.my

Maklumat Portal

UHSB tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data
yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik:
Firefox 30 / IE 8 dengan resolusi 1280 x 800

Tarikh Akhir Kemaskini: 12/2/2019
Hakcipta 2016 © UPSI Holdings Sdn. Bhd.